Log Masuk

live chat

Laman Rujukan

                 

GLOSARI PERLIS MAJU 2015


IAPG EKONOMI MAKRO

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 KDNK Per Kapita
USD
KDNK Per Kapita adalah nilai KDNK dibahagi dengan jumlah penduduk negeri Perlis.
KDNK
-----------------------------
Jum. Penduduk Perlis
DOS
2 KDNK Sektor Pertanian
%
Peratus sumbangan sektor Pertanian kepada KDNK negeri Perlis. Sektor pertanian merangkumi keluaran tanaman utama, ternakan, perhutanan dan perikanan.
Jumlah Keluaran Pertanian
             -----------------------------------  x 100%
KDNK
DOS
3 KDNK Sektor Pembinaan
%
Peratus sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK negeri Perlis. Sektor pembinaan merangkumi pelbagai aktiviti (iaitu: perumahan, perindustrian (kilang), komersial, prasarana, dll) yang bukan hanya tetumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan selepas pembinaan.
Jumlah Keluaran Pembinaan
             -------------------------------------  x 100%
KDNK
DOS
4 KDNK Sektor Perkhidmatan
%
Peratus sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK negeri Perlis. Sektor perkhidmatan ini merangkumi perkhidmatan professional, pendidikan (sektor swasta), kesihatan (sektor swasta), penginapan (merujuk kepada hotel; termasuk resort), terpilih (termasuk pengurup wang), pengangkutan dan penyimpanan, maklumat dan komunikasi, perdagangan borang, perdagangan runcit dan kenderaan bermotor.
Jumlah Keluaran Perkhidmatan
             ---------------------------------------  x 100%
KDNK
DOS
5 KDNK Sektor Pembuatan
%
Peratus sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK negeri Perlis. Sektor Pembuatan ditakrifkan sebagai perubahan fizikal atau kimia ke atas atau bahan komponen menjadi produk baru sama ada kerja itu dilakukan oleh jentera yang dijalankan dengan tangan, atau dijalankan dalam kilang atau dirumah pekerja, dan sama ada barang keluaran dijual secara borong atau runcit.
Jumlah Keluaran Pembuatan
             --------------------------------------  x 100%
KDNK
DOS
6 Kadar Pertumbuhan Ekonomi
%
Peratus perubahan dalam KDNK dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. KDNK adalah pada nilai harga tetap.
KDNK+1 - KDNK0
            ------------------- x 100%
KDNK0

        0 : tahun sebelum        +1:tahun semasa
DOS
7 Kadar Inflasi
%
Inflasi adalah peningkatan berterusan harga umum barangan dan perkhidmatan diukur dengan perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP). Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia mengukur perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi 'bakul' tetap barangan dan perkhidmatan mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.
IHP+1 - IHP+0
            ------------------- x 100%
IHP+0
DOS
8 Kadar Pengangguran
%
Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur (tidak bekerja) kepada jumlah penduduk di dalam tenaga buruh. Kadar ini mengukur peratus penduduk di dalam tenaga buruh yang tidak bekerja.
*Jumlah Pengangguran
             -------------------------- x 100%
Jumlah Tenaga Buruh

     * Jum. Tenaga Buruh - Jum. Guna Tenaga
DOS
9 Pekali Gini (Pengagihan pendapatan)
Nombor Nominal
Pekali Gini ialah ukuran pemusatan pendapatan. Nilai pekali gini berada antara 0 dan 1 dimana nilai 0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama manakala nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang paling tidak saksama.
Tiada formula khususnya. Data boleh diambil terus dari Jabatan Perangkaan
DOS
10 Kadar Kemiskinan
%
Konsep kemiskinan yang digunakan adalah berdasarkan kepada kaedah yang telah diperkenal pada tahun 2004 iaitu dengan mengambil kira PGK makanan dan PGK bukan makanan bagi setiap isi rumah yang dilawati. PGK ditakrifkan secara berasingan bagi setiap isi rumah dalam PPIR/KA.
Data diambil daripada Laporan Penyaisatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) Jabatan Perangkaan
DOS

IAPG SOSIAL

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 Jangka Hayat Penduduk
Numerical (Purata)
Purata umur seseorang (tahun) yang dijangka akan dapat hidup selepas dilahirkan
Tiada formula khususnya. Data boleh diambil terus dari Jabatan Perangkaan
DOS
2 Jangka Hayat Penduduk : Lelaki sahaja
Numerical (Purata)
Purata umur seseorang lelaki (tahun) yang dijangka akan dapat hidup selepas dilahirkan
Tiada formula khususnya. Data boleh diambil terus dari Jabatan Perangkaan
DOS
3 Jangka Hayat Penduduk : Wanita sahaja
Numerical (Purata)
Purata umur seseorang perempuan (tahun) yang dijangka akan dapat hidup selepas dilahirkan
Tiada formula khususnya. Data boleh diambil terus dari Jabatan Perangkaan
DOS
4 Kadar Kematian Bayi (Per 1000 kelahiran)
Numerical (Purata)
Kadar kematian bayi adalah bilangan bayi yang mati sebelum mencapai umur satu tahun bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun tertentu.
Bil Kematian Bayi < 1 Tahun
           ---------------------------------------- x 1,000
Jangkaan lahir hidup
pada tahun tersebut
DOS/Kesihatan
5 Kadar Pertumbuhan Penduduk
%
Kadar pertumbuhan penduduk merupakan perubahan tahunan penduduk yang berpunca daripada kelahiran, migrasi sepanjang tahun.
Tiada formula khususnya. Data boleh diambil terus dari Jabatan Perangkaan
DOS
6 Bilangan Kes Jenayah (Per 100,000 penduduk)
Numerical
Bilangan jenayah diukur dengan bilangan kesalahan yang dilaporkan bagi setiap 100,000 orang. Indeks jenayah kekerasan terdiri daripada pembunuhan, jenayah rogol, rompakan dan serangan. Indeks jenayah harta benda terdiri daripada kecurian, pecah rumah, kecurian kenderaan motor dan curi ragut.
Jumlah Kes
              ---------------------------- x 100,000
Jumlah Populasi Perlis
DOS/PDRM
7 Bilangan Kes Pembunuhan (Per 100,000 penduduk)
Numerical
Kes Pembunuhan adalah kes pembunuhan yang menyalahi undang-undang yang disebabkan oleh pertikaian, keganasan perseorangan dan pembunuhan oleh kumpulan bersenjata.
Jumlah Kes
              ---------------------------- x 100,000
Jumlah Populasi Perlis
DOS/PDRM
8 Bilangan Doktor (Per 1,000 penduduk)
Numerical
Bilangan Pegawai Perubatan Berdaftar Termasuk Pakar Perubatan yang masih memberikan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
Bil Doktor Perubatan
     Kerajaan + Swasta     
            ----------------------------- x 1,000
Jumlah Populasi Perlis
DOS/Kesihatan
9 Bilangan kematian akibat kemalangan jalanraya (per 100,000 orang)
Numerical
Kematian jalanraya merupakan individu yang terbunuh serta-merta atau mati dalam tempoh 30 hari disebabkan oleh kecederaan dari kemalangan jalan raya
Jumlah Kes
              ---------------------------- x 100,000
Jumlah Populasi Perlis
DOS/PDRM
10 Nisbah Kebergantungan
Nisbah
Nisbah kebergantungan merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan sebahagian populasi (yang tidak bekerja) yang bergantung kepada populasi yang bekerja. Nisbah kebergantungan adalah bersamaan dengan jumlah populasi yang berumur bawah 15 tahun dan melebihi 64 tahun dibahagikan dengan jumlah populasi yang berumur 15 hingga 64 tahun, dalam bentuk peratusan.
 Jum populasi umur <15thn +
Jum populasi umur > 64 thn
         --------------------------------------- x 100
Jum populasi berumur
15 64 thn
DOS
11 Perbelanjaan untuk Kesihatan
Nombor Nominal
Perbelanjaan kesihatan keseluruhan adalah jumlah perbelanjaan kesihatan awam dan swasta. Ia meliputi penyediaan perkhidmatan kesihatan (pencegahan dan rawatan), aktiviti perancang keluarga, aktiviti pemakanan, dan bantuan kecemasan yang ditetapkan untuk kesihatan tetapi tidak termasuk peruntukan air dan penjagaan kebersihan awam
Jumlah Perbelanjaan untuk kesihatan 
di Perlis dalam tahun semasa
           ----------------------------------------------  x 100
Jumlah Peruntukan untuk kesihatan 
di Malaysia dalam tahun semasa
Jab. Kesihatan

IAPG MODAL INSAN

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 Penduduk Berkelayakan Tertiari (antara umur 25-34 tahun)
%
Merujuk kepada penduduk Perlis yang mempunyai sijil, diploma, ijazah, sarjana dan PhD selepas tingkatan 5
Bil. penduduk yg mempunyai sijil,
diploma, ijazah, sarjana & PhD
           -------------------------------------------  x 100%
Jumlah Penduduk Perlis
berumur 25-34 tahun
-
2 Wanita Dalam Pengurusan
%
Wanita dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang bekerja di Perlis termasuk di agensi/syarikat swasta
Bil. Wanita bekerja dalam kump.
pengurusan & profesional
            ------------------------------------------- x 100%
Jumlah Wanita Bekerja di Perlis
-
3 Wanita Dalam Parlimen/DUN
%
Bilangan Wanita yang memegang jawatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bil. Wanita yang memegang
jawatan sebagai AP/ADUN
            ------------------------------------------- x 100%
Jumlah AP/ADUN  di Perlis
DOS
4 Pekerja Berpengetahuan
%
Tenaga buruh yang mempunyai sekurang-kurangnya sijil kemahiran
Bil. pekerja yang mempunyai
sekurang2nya sijil
            ------------------------------------------- x 100%
Jumlah Tenaga Kerja  di Perlis
DOS
5 Kadar pencapaian dalam peperiksaan pendidikan awam
%
Purata peratus kelulusan peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM
Peratusan kelulusan
(UPSR+PMR+SPM=STPM)
            ----------------------------------- x 100%
4
JPN
6 Kadar Enrolmen IPTA/IPTS
%
Bil pelajar Perlis (lahir/alamat semasa di Perlis) dalam sesebuah universiti pada tahun semasa
Jumlah Pelajar di IPTA/IPTS
            -------------------------------------- x 100%
Jumlah penduduk Perlis
berumur antara 15-24 tahun
DOS
7 Kadar Guna Tenaga
%
Jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja dan  digunakan dalam sektor-sektor ekonomi untuk  menghasilkan keluaran negara. Jumlah tenaga buruh adalah jumlah penduduk dlm  usia kerja (15 64 th) yg sedang bekerja dan yang  sedang aktif mencari pekerjaan (tidak termasuk  pelajar, pesara, suri rumah tangga dan OKU). 
Guna Tenaga (GT)
           --------------------------- x 100%
Tenaga Buruh (TB)

GT:Penduduk Perlis yang bekerja
TB: Penduduk yang bekerja + dengan penggangguran
DOS
8 Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga
%
Kadar pertumbuhan guna tenaga mereka yang bekerja. (Tahun semasa Tahun sebelum)/Tahun sebelum*100
Kadar Guna Tenaga t1
-
Kadar Guna Tenaga t0
           ------------------------------- x 100%
Kadar Guna Tenaga t0

t0 : tahun sebelum                    t1 : tahun semasa
DOS
9 Kadar Celik Huruf
%
Kadar murid berkeupayaan untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali pelajar berkeperluan khas yang memerlukan perhatian khas mengenai masalah pembelajaran dan mempunyai rekod kesihatan.
Jumlah penduduk Perlis yang
tidak boleh membaca
            --------------------------------------- x 100%
Jumlah penduduk Perlis yang 
berumur melebihi 15 tahun
DOS
10 Kadar enrolmen prasekolah
%
Peratusan pelajar berumur 4 - 6 yang menghadiri prasekolah berbanding yang layak ke peringkat ini
Jumlah penduduk
berumur 4-6 tahun
yang menyertai prasekolah
            ------------------------------------- x 100%
Jumlah penduduk yang
berumur 4 - 6 tahun
DOS
11 Kadar enrolmen sekolah rendah
%
Peratusan pelajar yang berumur 7 - 12 tahun yang mendapat pendidikan sekolah rendah di Negeri Perlis
Jumlah penduduk
berumur 7-12 tahun
yang menyertai prasekolah
            ------------------------------------- x 100%
Jumlah penduduk yang
berumur 7-12 tahun
DOS
12 Kadar enrolmen sekolah menengah
%
Peratusan pelajar yang berumur 13 - 17 tahun yang mendapat pendidikan sekolah menengah di Negeri Perlis
Jumlah penduduk
berumur 13-17 tahun
yang menyertai prasekolah
            ------------------------------------- x 100%
Jumlah penduduk yang
berumur 13-17 tahun
DOS
13 Nisbah guru-pelajar sekolah rendah
1:
Nisbah guru-pelajar yang terlibat dalam sesi persekolahan rendah di Negeri Perlis pada tahun semasa
Guru : Pelajar Sekolah Rendah
-
14 Nisbah guru-pelajar sekolah menengah
1:
Nisbah guru-pelajar yang terlibat dalam sesi persekolahan menengah di Negeri Perlis pada tahun semasa
Guru : Pelajar Sekolah Menengah
-
15 Perbelanjaan untuk pendidikan
Nombor Nominal
Perbelanjaan untuk pengurusan dan pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah (kerajaan dan swasta) Negeri Perlis
Jumlah Perbelanjaan untuk pendidikan 
di Perlis dalam tahun semasa
           -------------------------------------------------   x 100
Jumlah Peruntukan untuk pendidikan 
di Malaysia dalam tahun semasa
JPN

IAPG INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 Akses Bekalan Air kepada Penduduk
% dari penduduk Perlis
Perkhidmatan bekalan air yang diterima oleh penduduk berdasarkan permohonan rasmi kepada pihak JKR atas rumah/premis berdaftar
Jumlah penduduk yang
menerima perkhidmatan air
            ---------------------------------------- x 100%
Jumlah penduduk negeri Perlis
JKR
2 Akses Bekalan Elektrik kepada Penduduk
% dari penduduk Perlis
Perkhidmatan elektrik yang diterima oleh penduduk berdasarkan permohonan rasmi kepada pihak TNB atas rumah/premis berdaftar
Jumlah penduduk yang
menerima perkhidmatan elektrik
            ---------------------------------------- x 100%
Jumlah penduduk negeri Perlis
TNB
3 Akses Perkhidmatan Telefon dan Telefon Bimbit
% per 100 penduduk
Peratusan isisrumah berdaftar yang mempunyai akses telefon dan telefon bimbit
Jumlah penduduk yang berdaftar
untuk mengakses perkhidmatan
telefon & telefon bimbit
            ---------------------------------------- x 100%
100 penduduk Perlis
SKMM
4 Akses Perkhidmatan internet/broadband
% per 100 penduduk
Peratusan isisrumah berdaftar yang mempunyai akses internet/broadband
Jumlah penduduk yang berdaftar
untuk mengakses perkhidmatan
internet/broadband
            ---------------------------------------- x 100%
100 penduduk Perlis
SKMM
5 Akses Jalanraya
% dari RDI
Jalanraya yang boleh menghubungkan semua kawasan di Perlis berdasrkan kepada jumlah ukuran jalanraya, luas kawasan dan bilangan penduduk
RDI = L / [(P/1000 X A) 1/2]

L = Panjang jalanraya
P = Jumlah penduduk
A = Luas Kawasan
JKR

IAPG PENTADBIRAN KERAJAAN

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 Indeks Percepsi Rasuah (CPI)
CPI (Nombor Nominal)
Indeks ini hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap rasuah sesebuah negara di mana kedudukan sesebuah negara akan disenaraikan mengikut skor yang diperoleh dan bukannya berdasarkan realiti sebenar tahap rasuah di negara terbabit. Bagi indikator Perlis, hanya menggunakan CPIyang diperolehi oleh Malaysia.
CPI Malaysia
Transparency International
2 Keberkesanan Pentadbiran Kerajaan
% dari penduduk Perlis
Peratusan pencapaian piagam pelanggan agensi negeri dan persekutuan berkaitan yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada rakyat
Jumlah peratusan skor inisiatif agensi
Bil inisiatif
SUK Perlis
3 Kadar Peningkatan Hasil Negeri
%
Peningkatan hasil negeri (hasil utama negeri iaitu cukai tanah, premium tanah, disamping menyelesaikan tunggakan hasil cukai tanah, bayaran ansuran rumah PAKR, bekalan air dan hasil-hasil lain) berbanding tahun sebelum dan tahun semasa
HNt1 - HNt0     
       ----------------- x 100%
HNt0

Rujukan:
HNt1 Hasil negeri tahun satu
HNt0 Hasil Negeri tahun sebelum
Kewangan Negeri
4 Kadar Penurunan Defisit
%
Peratus perubahan pengurangan jumlah defisit perbelanjaan mengurus negeri.
D1 D0
           ----------- x 100%
D0
Kewangan Negeri

IAPG ALAM SEKITAR

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 Pengeluaran (CO2) per kapita
Nombor Nominal
Merujuk kepada pelepasan karbon dioksida dari pembakaran minyak, arang batu dan gas asli untuk penjanaan tenaga
Jumlah pengeluaran CO2 Malaysia*
---------------------------------------------
 GDP Perlis
= Jumlah pengeluaran CO2 Perlis

Jumlah Pengeluaran CO2 Perlis
-----------------------------------------
Jumlah Penduduk  Perlis
= Jumlah pengeluaran CO2 per kapita Perlis

*sumber : Green Tech
JAS
2 Tanah yang dilindungi
% dari keluasan tanah negeri Perlis
Merujuk kepada hutan simpan dan kawasan marin (pesisiran pantai) yang dilindungi di Perlis
Luas kawasan tanah yang dilindungi
         ------------------------------------------------ x 100
Jumlah kawasan tanah negeri
PTG
3 Bilangan Species Terancam
Nombor Nominal
Merujuk kepada organisma yang menghadapi risiko kepupusan, sama ada kerana bilangannya kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan di Perlis.
Tiada Pengiraan
Perhilitan
4 Tahap Kualiti Air
Parameter Kualiti Air (%)
Merujuk kepada kualiti air yang diterima oleh pengguna akhir. Tahap kualiti air diukur melalui peratus sampel E-coli yang mematuhi piawaian kualiti air minum kebangsaan.
Bilangan sampel E-coli yang dianalisis
-
Bilangan sampel E-coli yang tidak
mematuhi
         ------------------------------------------------ x 100 
Bilangan sampel E-coli yang dianalisis
JAS
5 Kualiti Sumber Air
Indeks Kualiti Air (Nombor Nominal)
Merujuk kepada pengukuran tahap kualiti air Sungai Perlis yang diklasifikasikan kepada Kelas I , II , III, IV da V berdasarkan Indeks Kualiti Air.*pengukuran indikator adalah berdasarkan nilai Indeks Kualiti Air Kelas II.
WQI = (0.22*SIDO) + (0.19*SIBOD) + (0.16*SICOD) + (0.15*SIAN) + (0.16*SISS) + (0.12*SIpH)
JAS
6 Kadar Pembuangan Sisa Pepejal yang dihasilkan setiap tahun
Kilogram sisa perkapita
Sisa perbandaran yang dikumpul dan dirawat oleh Majlis Perbandaran yang meliputi sisa dari industri, pejabat, perumahan dan pasar awam. (Sumber : OECD Fact Book)
Jumlah berat sisa pepejal yang
dilupus di tapak pelupusan (setahun)
--------------------------------------------------
Jumlah penduduk
PPSPA

IAPG SAINS DAN TEKNOLOGI

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 Perbelanjaan terhadap penyelidikan dan pembangunan
Nombor Nominal
Kriteria utama yang digunakan untuk perbandingan antarabangsa adalah Perbelanjaan Domestik Kasar ke atas Penyelidikan dan Pembangunan (PdanP). Ini meliputi jumlah perbelanjaan (semasa dan modal) ke atas Penyelidikan dan Pembangunan oleh kesemua syarikat tempatan, institusi penyelidikan, universiti dan makmal kerajaan. (Universiti termasuk Politeknik dan Institut Kemahiran)
Jumlah Perbelanjaan untuk 
penyelidikan dan pembangunan 
di Perlis dalam tahun semasa
           --------------------------------------------    x 100
Jumlah Peruntukan untuk  
penyelidikan dan pembangunan 
di Malaysia dalam tahun semasa
UniMAP
2 Nisbah Penyelidik (per 1,000 pekerja di Perlis)
-
Bilangan penyelidik diukur dalam persamaan sepenuh masa dan dikira berdasarkan kepada 1,000 orang yang bekerja di Perlis. Bilangan Penyelidik termasuk staf yang terlibat di dalam penyelidikan dan pembangunan sepanjang tempoh setahun. (IPT/Universiti merupakan sebuah gudang Penyelidikan dan Pembangunan. Maka semua staf akademik diambilkira sebagai penyelidik di Perlis)
Bilangan Penyelidik
--------------------------
Jumlah 1,000 orang
pekerja di Perlis
UniMAP

IAPG KEINDAHAN FIZIKAL

BIL INDIKATOR PENGUKURAN DEFINISI OPERASI FORMULA PENGIRAAN SUMBER DATA
1 Kebersihan Bandar Dan Luar Bandar
100 % mengikut jadual(paling memuaskan),
65%-99% mengikut jadual(memuaskan),
<65% mengikut jadual (tidak memuaskan)
Kutipan sisa pepejal domestik mengikut frekuensi jadual yang ditetapkan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan/agensi pengurusan sisa pepejal domestik sepanjang tahun
IT2-P2=(A/B)X100)

A=Jumlah frekuensi kutipan sisa pepejal domestik berdasarkan bilangan yang ditetapkan di kawasan kajian pada tahun kajian
B=Jumlah frekuensi kutipan sisa pepejal domestik berdasarkan jadual yang ditetapkan di kawasan pada tahun kajian.
PPSPN/PBT
2 Pengindahan Sungai dan Tali Air
% kawasan yang dilanskapkan
Melaksanakan & Mengekalkan keceriaan, keindahan sungai dan Taliair serta  menggalakkan Industri Perlancongan & aktiviti rekreasi / riadah di Negeri Perlis.
A  = Jumlah kawasan yang dilandskapkan
B  = Jumlah keseluruhan kawasan yang dilandskapkan                                                                                                                              
A
             -----------  x  100%
       B       
JPS
3 Kebersihan Tandas Awam
Jumlah tandas yang mendapat 5 Bintang
Merujuk kepada kebersihan tandas awam mengikut kategori dan mendapat 5 bintang.* Terdapat 6 kategori iaitu Tandas awam milik MPK,Tandas Awam Stesen Minyak,Tandas awam bukan milik MPK, Tandas Pusat Membeli Belah, Tandas Awam Stesen Keretapi Bas dan Jeti, Rumah Ibadat, Fasiliti Sukan dan Tandas di Hotel dan Resort.
Mengikut unjuran dari tahun 2012-2015:

Bilangan Tandas
(mengikut bintang)
           ---------------------------- x 100%
Jumlah tandas
di seluruh Perlis
PBT
4 Kebersihan Premis Perniagaan
Jumlah Premis Perniagaan yang mendapat Gred A / 5 bintang
Merujuk kepada jumlah premis makanan yang mendapat Gred A/penarafan 5 bintang.
Mengikut unjuran dari tahun 2012-2015:

Bilangan Premis Perniagaan
(mengikut Gred/Bintang)
           --------------------------------------- x 100%
Jumlah Premis Perniagaan
di seluruh Perlis
PBT/Jab. Kesihatan
5 Keceriaan Landskap Negeri Perlis
Jumlah kawasan yang dilandskapkan
Bilangan kawasan yang telah ditetapkan untuk dinaiktarafkan landskap dan penyelenggaraan yang baik mengikut garis panduan Jabatan Landskap Negara
Jumlah Kawasan
           ------------------------ x 100%
11 kawasan
PBT/Jab. Lanskap Negara
6 Setinggan Sifar
% bilangan penduduk negeri
Mengurangkan keluarga setinggan di Negeri Perlis
Jumlah Setinggan
           ------------------------- x 100%
Jumlah Penduduk
UPKT
7 Bilangan Anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Per 10000 Populasi (Iktisas)
1 Pegawai : >30,000 Penduduk (Tidak Memuaskan),
1 Pegawai : 10,000-30,000 penduduk (Memuaskan),
1 Pegawai : < 10,000 (Paling memuaskan)
Bilangan penduduk di kawasan kajian yang menerima perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional di Pihak Berkuasa Tempatan.
Jumlah Penduduk di Kawasan
Kajian Pada Tahun Kajian
------------------------------------------------------
Jumlah Pegawai PBT Dalam
Kumpulan Profesional Pada Tahun Kajian
PBT/Jab. Perangkaan